Selamat Malam Bloggers, yang sudi membaca sdikit artikel yang
ingin cyber kongsi bersama korang..!!kebiasaanya bila tiba hari
Jumaat, dari awal pagi lagi kita tidak sabar-sabar ,dan tergesa-gesa
dengan pelbagai kerja yang ingin dilakukan untuk menghabiskan
hari tersebut..Bagi lelaki ianya sibuk melakukan kerja dengan kadar
segera bagaikan robot, kerana ingin mengejarkan solat Jumaat dan
memikirkan waktu rehatnya yang singkat.
Bagi perempuan/wanita pula mereka sibuk untuk menantikan waktu
rehatnya yang panjang,supaya mereka boleh melaku pelbagai kerja
yang masih tertunggak..Tidak lupa juga kanak-kanak dan remaja
yang masih bersekolah kerana ,perkataan cuti sering bermain difikiranya
bila tiba hari Jumaat.Dan hari jumaat jugalah hari yang dinanti-nantikan
oleh umat Islam..seluruh dunia..
Lain pula ceritanya yang berlaku pada Cyber hari ini, kebiasaannya
hari Jumaat lah hari paling Cyber suka..!!kerana setiap hari Jumaat cyber
akan membuat jualan secara gila gaban,Nasib tidak selalu menyebelahi
cyber,cyber ni seorang peniaga pasar malam.Setelah selesai memasang
khemah dan menysun pakaian-pakain ,keadaan masih tenang dan seperti
biasa dengan riuh rendah kedengaran suara-suara peniaga dan pelanggan..
Selang 35 minit kemudian keadaan menjadi huru-hara dan tidak menentu,
semua pelanggan lari bertempiaran,peniga pula menjadi kelam kabut,berlari
kesana-sini.Ada yang mengemas,ada yang tunggu,ada yang mencari kain
atau plastik untuk menutup barang-barang yang diniagakan..Kerana hujan
lebat secara tiba-tiba dengan tiupan angin yang terlalu kencang..
Termasuklah cyber sendiri,mengemas seberapa segera bagaikan robot,kerana
risau akan barangan cyber punah..setelah selesai mengemas,hujan dan tiupan
angin masih sedemikian rupa,Jadi apa yang berlaku hari ini, cyber redha..
0 0 Orang Berkata Dah..!!:
Post a Comment